Friday, June 6, 2008

Qada' & Qadar

Assalamualaikum wbt...

Seperti mana kefahaman kita Qada' & Qadar itu telah ditentukan oleh Allah, dan bertitik tolak daripada itu, ramai dikalangan manusia yang mempersoalkan mengapa berlaku perkara buruk dalam hidup seseorang. Mengapa sesetengah manusia lahir dalam kesenangan sedangkan yang lain pula dalam kemiskinan? Mereka menyangka orang yang miskin itu memang ditakdirkan oleh Allah sebagai bernasib baik.

Kefahaman ini hendaklah diperbetulkan kerana ia boleh merosakkan akidah manusia. Hakikatnya segala kejadian yang ditetapkan Allah itu ada hikmah di sebaliknya. Antara hikmah tersebut ialah:
1. Bernasib baik dengan tujuan untuk menguji manusia itu sendiri.
2. Bernasib malang bertujuan untuk menguji sejauh mana kita bersabar ketika diuji.

Kesimpulannya : dalam Islam tidak ada konsep sial. Melainkan kejadian buruk itu berpunca daripada tindakan manusia itu sendiri. Sekiranya kita berusaha & mengambil kira ketetapan "al-Asbab" & "al-Musabbat", insyaallah akan berhasil mencapai apa yang kita hajati.

wallahuallam.... petikan nukilan ilmuan Islam.

No comments: