Tuesday, May 27, 2008
KEJAYAAN
Assalamualaikum wbt & salam perpaduan...
Hari ini saya cuba untuk merungkap perihal kejayaan...
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran dan dilaksanakan hingga menjadi kenyataan...
PERTAMA - Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya, siapa kita, apa yang kita capai dan dimana kita berada hari ini. Kita perlu menerima pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekirannya kita tidak mencapai apa yang diinginkan maka kitalah yang bersalah, kalu bukan kita siapa lagi?.... Ingat, “Hanya kita sahaja yang boleh mengubahnya bukan orang lain”.
KEDUA - Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Untuk mendapat sepuluh kali daripada orang lain bukanlah bermakna kita perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat dari mereka. Kita hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka di sekeliling kita. Berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda kita lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan kita memperolehi pencapaian luarbiasa, yang tidak terfikir oleh manusia biasa.
KETIGA - Persepsi membentuk diri kita. Iaitu bagaimana kita melihat apa yang berlaku terhadap kita dan sekeliling. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada kemahiran memilih untuk senang atau susah. Apabila kita memilih untuk hidup senang dan berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapapun yang boleh menghalang kehendak kita. Persepsi kita terhadap sesuatu natijah juga pastinya mempengaruhi emosi. Seterusnya mempengaruhi tindakan kita dan seterusnya pula menentukan hasil daripada natijah tersebut.
Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran kita adalah kehidupan yang bakal kita tempuhi. Kejayaan pasti akan dicapai oleh orang yang sentiasa bersemangat walaupun berpuluh kali gagal kerana mereka sentiasa merasa kegagalan yang datang bersamanya itu pengajaran yang cukup bermakna.
APABILA KITA BERJAYA MENGUBAH PEMIKIRAN KITA...Kita akan berjaya mengubah kepercayaan kita... Apabila kita berjaya mengubah kepercayaan kita... Kita akan berjaya mengubah harapan kita... Apabila kita berjaya mengubah harapan kita... Kita akan berjaya mengubah sikap kita, Apabila kita berjaya mengubah sikap kita... Kita akan berjaya mengubah tindakan kita... Apabila kita berjaya mengubah tindakan kita... Kita akan berjaya mengubah prestasi kita... Apabila kita berjaya mengubah prestasi kita... KITA PASTI BERJAYA MENGUBAH KEHIDUPAN KITA!
Jadi SUDAHKAH KITA BERJAYA? TEPUK DADA TANYALAH DIRI!!

Wednesday, May 21, 2008
Keluargaku Sayang
Hari ini saya rasa teruja untuk memperkenalkan seluruh ahli keluarga.
.jpg)
Ini anak sulung saya, berumur 6 tahun. namanya Muhamad Hasanain Asri... suka perasan hensem...tp memang hensem pun...macam dady dia kan? he he he....
.jpg)
Ini Muhamad Hasanain Irfan, merupakan anak kedua saya, berumur 4 tahun. Belum dapat bertutur dengan betul, tetapi mulut sentiasa berceloteh tak henti-henti. Kadang-kadang kelam kabut juga nak fahamkan bilah-bilah bahasanya. Sentiasa menjadi perhatian orang sebab cute (macam dady dia gaks) ha ha ha....
.jpg)
Ini satu-satunya (setakat ini) tuan puteri pucuk kalumpang saya,
Nur Dayana Batrisya, umur 2 tahun...sungguh pandai bergaya
bila berhadapan dengan kamera...lebih aktif mengalahkan abang
-abangnya... pandai mengambil hati...
Ini anak bongsu saya (setakat inilah...he he he) berumur 10 bulan,
Muhamad Hasanain Ulwan nama di beri, sangat pro aktif, pantang
lepa, tangga rumah dipanjatnya. Sedang belajar merangkak, berdiri & cuba-cuba berjalan...
Inilah anak-anak saya...mak ai....dah empat orang anak saya...
unsangkarable-unsangkarable...ish ish ish...Syukur Ya Allah di atas limpahan rezeki ini....Amin...
Tuesday, May 20, 2008
Hakikat Kehidupan
Kadang-kadang kita akan berkata, tidak mengapalah orang lain berjaya, asalkan aku tidak mengganggu orang lain. Tak apalah hidup seadanya sebab kejayaan adalah ukuran dunia.
Prinsip-prinsip sebegini pasti akan menebalkan lagi zon keselesaan kita. Niat asalnya baik kerana tidak mahu mengganggu orang lain, tetapi hakikatnya diri tidak bebas dari tanggungjawab yang amat merugikan semua. Sebagai insan biasa, kita rugi kerana tidak merebut apa yang sepatutnya kita rebut. Sebagai insan yang beragama pula kita rugi kerana menidakkan perintah supaya berusaha dengan lebih gigih.
Soalan sebegini juga selalunya ditanyakan oleh mereka yang percaya hidup perlu dilalui seadanya. Bagi golongan ini, memburu kejayaan hanya menyukarkan hidup. Selagi tidak menyusahkan orang, tidak perlulah menyusahkan diri, yang penting bahagia. Tetapi apakah betul kita bahagia?
Pendirian semacam ini memang tiada salahnya. Langsung tiada cacat celanya. Namun, andai kita melihat kehidupan itu sebagai satu perlumbaan, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan paling belakang.
Cuba kita lihat resmi lalang. Walaupun ia dikatakan tidak berguna kepada manusia, tetapi ia sentiasa bersaing untuk tumbuh lebih tinggi, lebih subur dan lebih menonjol. Malah siang dan malam juga bersaing, saling kejar mengejar sebagai taksilan (tafsiran) bahawa kehidupan itu adalah persaingan dan pertandingan.
Jadi bagaimana pula kita yang dikurniakan akan dan fikiran?
Apakah prinsip hidup yang biasa kita dengar? Bagi saya, kita tidak boleh berhenti berusaha kerana kita tidak pernah tahu berapa banyakkah rezeki yang Allah swt telah tentukan!
Oleh kerana kita tidak tahu dan tidak pula berpeluang mengetahui berapa banyak rezeki yang sudah ditentukan untuk kita, kenapa kita harus berhenti berusaha?
Hakikatnya, akibat sikap diri kita yang kurang berusaha membuatkan kita menyangka / berperasangka yang hanya setakat itulah sahaja rezeki buat kita.
Berasa cukup itu bagus kerana ia menolak atau menghindar diri kita daripada sikap haloba, kerana agama mengutuk orang yang bersikap haloba dan tidak pernah tahu berasa puas.
Namun haruslah diingat, agama juga tidak pernah menyuruh penganut-penganutnya berpeluk tubuh dan berasa selesa!
Kita diperintah membina sebanyak mungkin kekayaan bahkan kemelaratan itu disifatkan sebagai ciri-ciri yang boleh membawa kepada kekufuran!
Renung-renungkanlah.....

My First Day Blogging
Assalamualaikum wbt & salam muhibbah...
Hari pertama menulis blog... tidak la ada apa hamba ingin tuliskan, cuma inilah hari pertama hamba menulis, melakar, menaip & yang seangkatan dengannya mengenai blog....
mungkin selepas ini saya akan ada idea2 yang boleh dikongsikan bersama semua...
sememangnya banyak perkara ingin saya kongsikan di sini...mungkin berkaitan ekonomi, kehidupan kekeluargaan dan sebagainya....
tetapi nantilah...insyaallah andai diizinkan allah swt, akan terpacul la hasil karya saya di blog yang indah ini...
andai rakan taulan sahabat handai juga ada idea2 utk disumbang...sila-silalah, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan...

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)