Tuesday, May 27, 2008

KEJAYAAN

Assalamualaikum wbt & salam perpaduan...

Hari ini saya cuba untuk merungkap perihal kejayaan...

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran dan dilaksanakan hingga menjadi kenyataan...

PERTAMA - Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya, siapa kita, apa yang kita capai dan dimana kita berada hari ini. Kita perlu menerima pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekirannya kita tidak mencapai apa yang diinginkan maka kitalah yang bersalah, kalu bukan kita siapa lagi?.... Ingat, “Hanya kita sahaja yang boleh mengubahnya bukan orang lain”.

KEDUA - Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Untuk mendapat sepuluh kali daripada orang lain bukanlah bermakna kita perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat dari mereka. Kita hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka di sekeliling kita. Berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda kita lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan kita memperolehi pencapaian luarbiasa, yang tidak terfikir oleh manusia biasa.

KETIGA - Persepsi membentuk diri kita. Iaitu bagaimana kita melihat apa yang berlaku terhadap kita dan sekeliling. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada kemahiran memilih untuk senang atau susah. Apabila kita memilih untuk hidup senang dan berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapapun yang boleh menghalang kehendak kita. Persepsi kita terhadap sesuatu natijah juga pastinya mempengaruhi emosi. Seterusnya mempengaruhi tindakan kita dan seterusnya pula menentukan hasil daripada natijah tersebut.

Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran kita adalah kehidupan yang bakal kita tempuhi. Kejayaan pasti akan dicapai oleh orang yang sentiasa bersemangat walaupun berpuluh kali gagal kerana mereka sentiasa merasa kegagalan yang datang bersamanya itu pengajaran yang cukup bermakna.

APABILA KITA BERJAYA MENGUBAH PEMIKIRAN KITA...Kita akan berjaya mengubah kepercayaan kita... Apabila kita berjaya mengubah kepercayaan kita... Kita akan berjaya mengubah harapan kita... Apabila kita berjaya mengubah harapan kita... Kita akan berjaya mengubah sikap kita, Apabila kita berjaya mengubah sikap kita... Kita akan berjaya mengubah tindakan kita... Apabila kita berjaya mengubah tindakan kita... Kita akan berjaya mengubah prestasi kita... Apabila kita berjaya mengubah prestasi kita... KITA PASTI BERJAYA MENGUBAH KEHIDUPAN KITA!

Jadi SUDAHKAH KITA BERJAYA? TEPUK DADA TANYALAH DIRI!!

No comments: