Tuesday, May 20, 2008

Hakikat Kehidupan

Kadang-kadang kita akan berkata, tidak mengapalah orang lain berjaya, asalkan aku tidak mengganggu orang lain. Tak apalah hidup seadanya sebab kejayaan adalah ukuran dunia.

Prinsip-prinsip sebegini pasti akan menebalkan lagi zon keselesaan kita. Niat asalnya baik kerana tidak mahu mengganggu orang lain, tetapi hakikatnya diri tidak bebas dari tanggungjawab yang amat merugikan semua. Sebagai insan biasa, kita rugi kerana tidak merebut apa yang sepatutnya kita rebut. Sebagai insan yang beragama pula kita rugi kerana menidakkan perintah supaya berusaha dengan lebih gigih.

Soalan sebegini juga selalunya ditanyakan oleh mereka yang percaya hidup perlu dilalui seadanya. Bagi golongan ini, memburu kejayaan hanya menyukarkan hidup. Selagi tidak menyusahkan orang, tidak perlulah menyusahkan diri, yang penting bahagia. Tetapi apakah betul kita bahagia?

Pendirian semacam ini memang tiada salahnya. Langsung tiada cacat celanya. Namun, andai kita melihat kehidupan itu sebagai satu perlumbaan, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan paling belakang.

Cuba kita lihat resmi lalang. Walaupun ia dikatakan tidak berguna kepada manusia, tetapi ia sentiasa bersaing untuk tumbuh lebih tinggi, lebih subur dan lebih menonjol. Malah siang dan malam juga bersaing, saling kejar mengejar sebagai taksilan (tafsiran) bahawa kehidupan itu adalah persaingan dan pertandingan.

Jadi bagaimana pula kita yang dikurniakan akan dan fikiran?

Apakah prinsip hidup yang biasa kita dengar? Bagi saya, kita tidak boleh berhenti berusaha kerana kita tidak pernah tahu berapa banyakkah rezeki yang Allah swt telah tentukan!

Oleh kerana kita tidak tahu dan tidak pula berpeluang mengetahui berapa banyak rezeki yang sudah ditentukan untuk kita, kenapa kita harus berhenti berusaha?

Hakikatnya, akibat sikap diri kita yang kurang berusaha membuatkan kita menyangka / berperasangka yang hanya setakat itulah sahaja rezeki buat kita.

Berasa cukup itu bagus kerana ia menolak atau menghindar diri kita daripada sikap haloba, kerana agama mengutuk orang yang bersikap haloba dan tidak pernah tahu berasa puas.

Namun haruslah diingat, agama juga tidak pernah menyuruh penganut-penganutnya berpeluk tubuh dan berasa selesa!

Kita diperintah membina sebanyak mungkin kekayaan bahkan kemelaratan itu disifatkan sebagai ciri-ciri yang boleh membawa kepada kekufuran!

Renung-renungkanlah.....

2 comments:

Nurbaya Fiddaus Mohd Yusoff said...

hmm..hidup manusia adalah pilihan masing2.berusaha kearah kejayaan juga bergantung pada pilihan masing2 & b/mana seseorg itu mengklasifikasikan idup mereka adalah seorg yg berjaya?itu juga terpulang kepada hak seseorg manusia bg menentukan kejayaan dlm diri masing2.
rezeki di bumi allah sangat la byk dah tidak pula ada yg menyangkal tapi cara b/mana utk mendapatkannya juga amat dititikberatkan.rezeki juga diertikan dlm pelbagai bentuk tidak pulak dikhaskan kepada WANG SHJ dan tidak pula menyangkal wang adalah salah satu sumber rezeki yg perlu di cari.selagi kita bernama manusia berusaha kearah sesuatu yg diinginkan adalah dinamakan USAHA.no matter what.
selagi kita hidup sbg manusia kehendak adalah tidak terbatas kerana manusia dikurniakan bukan sahaja akal dan fikiran tapi beserta nafsu.nafsu yg akan menyebabkan kehendak kita kadangkala menjadi serba tidak mencukupi,ada sahaja alasan yg akan diciptakan bagi mencapai sesuatu yg dikehendaki oleh nafsu.terpulang pula b/mana manusia itu menggunakan akal sewajarnya yg diberikan ALLAH kepada kita untuk mengawal apa jua tindakan yg akan menentukan apa yg akan terjadi dimasa2 akan datang.

my kids said...

jutaan terima kasih diatas komen yang sangat membina....