Wednesday, June 18, 2008

Kepercayaan Berbahaya

Apa yang ada di dalam fikiran dan hati kita boleh menghalang kemajuan diri. Salah satu daripada perkara-perkara itu ialah kepercayaan. Sebagai contoh, kita percaya seseorang yang tidak berjaya ke universiti tidak akan dapat menduduki jawatan tinggi dalam kerjayanya.

Sebahagian daripada perkara-perkara yang menjadi kepercayaan kita adalah betul dan membawa kebaikan kepada diri kita. Tetapi, tanpa disedari sebahagian daripada apa yang kita percayai boleh membahayakan diri kita sendiri. Sebahagian daripada kepercayaan itu ialah:

"Aku tidak ada bakat istimewa"
"Aku sudah tua"
"Aku tidak ada peluang"
"Sudah ditakdirkan nasibku begini"
"Inilah sahaja rezekiku"
"Aku sudah mencuba, aku sudah tidak boleh buat apa-apa lagi"

Kepercayaan-kepercayaan seperti di atas adalah tidak logik dan andai terus dipercayai akan merosakkan diri kita. Tidak ada orang yang lahir bodoh kecuali segelintir kecil yang mengalami kecacatan mental. Yang ramai di dunia ini ialah orang-orang yang tidak mahu belajar.

"fikir-fikirkanlah - wallahua'lam.

No comments: